Wednesday, December 30, 2009

tahun baru 2010

Tahun baru dah tiba la.. maknanya esok bermula tahun baru. Azam baru, semangat baru, umur baru, baju baru kot..hehehe. Klau ikut tahun aku dah masuk 26 thn. Dah tua rupanya aku yek.
Tahun 2009 aku tinggalkan banyak kenangan sedih, pahit, sakit hati pun ada...huhuhu. Antara perkara2 dalam ingatan aku :

Aku pindah ke rumah yg lebih selesa yg aku bleh katakan adalah syurga aku. Penat kat opis aku teringat kat rumah, sbb tu aku rasakan rumah memang syurga aku.

Paling aku sedih sampai berminggu2, krisis dalam keluarga aku. perkara kecik dibesar2kan sehingga masing2 makan hati..makan hati berulam jantung kot. aku harap thn baru memberi perubahan supaya ikatan kami sekeluarga lebih erat.

Nenek aku meninggal kul 2pagi. Nasib baik aku sedar bila adik aku tpon. Wlpun mamai, kami gerak balik kg pg tu lepas subuh.

kakak aku bersalin anak ke5, anak pmpuan..hehehe. tambah lagi sorang anak sedara aku.

Kesilapan yg agak besar aku buat ialah membuat kptusan terburu2 membawa si Dia balik kg jmpa keluarga aku. Aku tidak sedar bhwa dia sebenarnya tidak bersedia. Sehingga sekarang aku perlu menerima hakikat bhwa aku dan dia sbnarnya perlu berkawan dahulu..Now! aku rasa aku perlu ambil masa sedikit lagi untuk tamatkan zaman bujang aku.

Semoga tahun 2010 memberi kehidupan yang lebih bermakna kepada aku. Semoga Allah S.w.T merahmati ibubapaku, kaum muslimin muslimat, murahkan rezeki kami, memberi keberkatan dan melindungi kami dari kesusahan di dunia dan akhirat. Amin

Thursday, December 10, 2009

Selamilah hati ini

Cinta ini....
Ada batas ada ruang
Ada senda dan gurauan
Hanya untuk yang setia
Dan cintamu...Hanya engkau yang mengerti
Hanya engkau yang memahami
Itu punca perpisahan, Kau berjanji menjaga hati ini
Kau berjanji memupuk kasih sayang
Dan kita akan kekal bahagia
Aku rindu dengan janji manismu
Aku sayu dengan kalimah palsu
Hingga kini....Kau cuba untuk menyembunyi diri
Selamilah hati ini....Kasihilah jiwa ini
Di dalam bara berduri Atau di lautan sangsi
Ku ingin aku bahagia....Ku ingin aku gembira
Hanya itu yang termampu
Nilaian mu...

Sunday, December 6, 2009

Jangan susah hati...

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. lebih mudah hendaklah selalu amalkan zikrulLah banyak2 setiap kali lepas solat samada Tahlil, Tasbih dan Tahmid. Dan membaca AlQuran dan Salawat atas Nabi s.a.w. dan solat sunat dan bersadaqah. Tetapkan samada bilangan dan waktunya walaupun sedikit. Ia akan memudahkan hati sanubari dan ruh anda ingat kepada Allah dan RasulNya dan itu akan membuahkan segala peringatan yang baik2 seperti di atas. Adalah sukar untuk melatih dan mengajar dan beramal segala kehendak agama kecuali anda bermula dengan ikhlas mengingati Allah banyak2.

Itulah amalan yang dilakukan RasululLah serta sekelian ahli bait dan sahabat2 Baginda r.ah. Amin.

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

Thursday, December 3, 2009

family day

huhu..besarnya keluarga aku. Sbnarnya best ada adik berdik ramai. Klau berkumpul pening kpala.. mcm2 ragam. Masa ni aku punya planning gi cameron pening giler. duk fikir umah mana nak sewa sbb hotel full. maklumla cuti sekolah. Nasib baik teringat kat makcik yg mana aku penah sewa dulu umah dia. Nasib aku lagi baik sbb umah makcik tu besar. Bleh tampung keturunan Mohd Ridzuan (Abah aku) yg ramai ni.



Aku rasa dgn adanya fmly day, leh rapatkan hubungan kami sekeluarga. Ya la, masing2 sibuk. Jmpa jarang2 skali. apatah lagi klau nak kumpul semua adik beradik. Klau musim raya blum tentu bleh kumpul sebegini.






Masa ni jgn ckp la. Bermasalah tul dgn ank2 buah aku ni. Dah la ramai. Semua nak aiskrim..Kecoh. Kdg2 malu gak kat org ramai. Semua mengamuk nak dulu. Xleh sabar langsung.

Aku harap di masa akan datang, masih ada peluang untuk buat fmly day sebegini. Insya Allah.


















Monday, November 9, 2009

sepi..

sejak kebelakangan ni aku rasa cam sepi
apa aku buat semua sepi

aku buat kerja dan itu sekadar kerja
aku bergurau senda dgn mereka...itu hanya gurauan
aku sepi..

aku berfikir...
tentang hidup aku..
apa akan berlaku esok..
apa akan terjadi masa depan aku...

aku mengenali dia
tapi hanya sepi yang aku rasa..
aku cuba lagi
tapi masih sepi

aku dirumah..
aku mahu ketenangan..
dirumahlah segalanya bagiku..
sepi tidak hadir bila aku di Syurgaku..

Wednesday, September 30, 2009

cintaku kepadamu


Ada yang kubekalkan
Kubekalkan untukmu Cinta yang tulus dan abadi
Ada yang kuharapkan
Kuharapkan darimu Cinta yang tulus dan suci
Kudendangkan untukmu
Semoga kau dibuai kasih
Kuimpikan belaian kasih abadi
Itulah pintaanku
Pintaanku untuk bersama Cinta…..
Peruntukan semalamnya

datang dengan janjiku..

Ke manakah resah nak ku lemparkan
Di mana hilang kemesraan lalu
Malamku suram bintang tak menyinar
Aku sepi tanpa hadirmu... di sisiku

Dalam rindu yang amat menyiksakan
Ku dakap potretmu dalam genggaman
Namun resahku tak bisa berlalu
Jeritan hati memanggil namamu
Sepi tanpa hadirmu... dirimu oh kasihku

Ku dengar... suaramu berbisik
Gemersiknya di celah sang bayu
Ku terbayang... wajahmu menjelma
Dalam senyum bagaikan ada tangisan
Ku turut merasakan

Kasih... perpisahan sementara ini
Mengajar kita erti sepi dan rindu
Teguhnya cinta suci

Sayang... biarpun berjauhan kita terpisah
Betapa tabahnya kesetiaanmu
Menantikan saat... supaya dapat bersatu

Kau hadir dengan setiamu
Aku datang dengan janjiku

Sunday, June 21, 2009

kat kampung

apa yang best untuk aku cerita pasal balik kampung ni?? aku rasakan bahawa kampung aku ni seronok. mungkin sebab aku duk dikawasan pedalaman, pastu kg atok plak kt tepi pantai... bestttt

masa ni aku duk umah atok aku...best betul. angin kuat pastu mkn buah mempelam banyakkkkk sgt. anak sedara yang pmpuan ni suka sangat buah mempelam. dia yang paling byk mkn..
nampak je aku penyayang peluk anak buah aku tu tapi hakikatnya aku pantang klau budak2 buat salah, jap lagi aku bagi ketam lerr.

Sunday, June 7, 2009

chayokkkk!!!!

masa ni perlawanan bola jaring antara rumah sukan SPP. sape juara???
kami juara!
ek eleh..baru menang satu game dah kecoh!!!
habis, game yang lain asyik kecundang jek..apapun aku tetap happy dapat memberi emas kepada kumpulan kami..savvy.



bila dah penat, nak makan oren pun xde selera tapi aku mkn gak sbb lapar.. tapi bila makan terlalu byk perut plak sepanjang mlm buat hal..






Friday, May 29, 2009

gambar zaman sekolah 2000


agak2nya klau ingat kembali zaman sekolah dulu..fuh!!!! mau penuh memory dlm kepala otak ni untuk ditafsirkan..
yelah!! dah memang terang tang tang...byk sgt malah terlampau banyak kenangan untuk diingati.
kenangan ni diabadikan kau, aku dan dia..




Wednesday, May 13, 2009

anak buah aku..

wah!! ramai betul anak buah aku ni. masing2 ada perangai. kadang2 klau aku jaga diorang memang aku akan pegang pembaris panjang atau penyangkut baju..senang aku nak rotan klau ada yang buat perangai..hehehehe

Monday, May 11, 2009

Ya Allah..mengantuk sangat..

time2 begini mengantuk sangat. hanya Allah yang tahu.
klau ikutkan hati nak balik umah skang..tido! tapi memang aku tahu waktu cenggini tak elok tido. kata orang nanti bodoh, otak tak berfungsi dgn baik...agaknya betul kot! tapi xtahan la..ngantuk sangat dah. camner nak buat ni???
tido
jgn tido
tido
jgn tido
argh!!!!!!ngantuk ni...

Friday, May 1, 2009

alergik makanan??

alergik makanan? benar ke benda2 camni boleh berlaku kat kita? sebenarnya memang ada kot tapi tak taulah yang ni fakta atau auta (sori! aku ciplak dari hot fm jap). pernah korangmengalami masalah alergik makanan? contohnya selepas makan sesuatu makanan tu tiba2 korang rasa pening2, ataupun sesak nafas (aku xberbicara pasal mengandung tau). tapi klau aku lepas aku makan sesuatu makanan tu ( nanti aku list kan kat bawah), aku mesti pening, lebih teruk lagi aku penah pengsan tau. tapi xde org perasan sebab diorang ingat aku tido. adeh!!

mari kita berkongsi apa yang kita alergik makanan. antara makanan yang membuatkan aku rasa pening, angin (kembung perut) ialah
buah-buahan : tembikai, jambu batu
sayur-sayuran : kacang bendi, kubis,terung(paling teruk ni), kacang panjang, ubi keledek, kacang botol ( aku tak taulah korang panggil apa), petola, byk lagi semuanya jenis sayur yang menjalar.
makanan plak : masakan yang berasaskan pulut.
memang aku cuba elakkan. pening kepala lepas makan wei..
tapi kan, semua makanan ni aku makan gak. sedih la klau xmakan rezeki yang Allah bagi. esok2 klau takde selera makan camner???








Sunday, April 19, 2009

saat ketibaan malaikat maut ?????

19 april 2009

Jam hampir menunjukkan pukul 2.30 pagi tapi mata aku masih belum mengantuk. sudah puas aku berusaha untuk melelapkan mata, selepas satu zikir, satu zikir memuji kebesaran Allah, aku pusing kanan, pusing kekiri, memeluk si garfield (teman tidur aku), semua sudah yang aku buat tapi mata ini tetap tidak mahu lelap sedangkan aku terpaksa bangun awal pagi keesokan hari untuk pergi kerja.

aku terfikir mengapa aku masih tidak mahu tidur, mungkin kerana aku gembira dapat berjumpa umi dan abah aku tadi. kami adik beradik berkumpul di KLIA tadi untuk menghantar mereka mengerjakan umrah. berbagai cerita yang kami kongsi bersama apabila berkumpul beramai-ramai maklumlah masing-masing sibuk dengan kerjaya.

entah pukul berapa aku tidak pasti, saat mata aku hampir terlelap tiba-tiba aku rasakan jantung aku berhenti berdegup. mata aku terus terbuka luas dan seakan aku rasakan mahu menangis. aku merasa takut dan terfikir adakah aku akan meninggalkan alam ini sebentar lagi?

''Ya Allah, sekiranya ajal aku hampir tiba saat ini, maka aku amat bersedih kerana tidak dapat menunaikan impian aku bersama kedua ibubapaku" hanya itu yang aku sempat aku fikirkan. terus aku mengucap 2 kalimah syahadah sebanyak 3x tapi untuk ucapan yang ke-3, aku rasakan bacaan aku semakin tidak betul dan aku terus diam. aku sudahkan bacaan itu dalam hati dan aku memejam mata.
....................................................................................................................................................................
trittt..tritt..tritt
alhamdulillah 6.10 pagi aku terdengar ringtone alarm hp samsung aku berbunyi, serta merta aku bangun dan terfikir apakah yang berlaku mlm tadi..


Thursday, April 9, 2009

lagu sekolah rendah

masih segar lagi dalam ingatan aku lagu zaman sekolah rendah 1991-1996



tekun berusaha teras kejayan
ilmu suluh hidup sebagai cogankata
tanamkan semangat capai cita-cita
marilah kita mengamalkannya

skkb sekolahku ini
padamu tetap kami berjanji
jasamu baktimu yang telah terbukti
menjadi kenangan yang abadi

ayuh marilah kita semua
berganding bahu bersama-sama
maju agama nusa dan bangsa
bersamalah kita menjayakannya

rajin amanah dan berdikari
bersopan santun berjiwa murni
na..na..
(tak ingat! lain kali klau ingat aku edit semula)

Saturday, April 4, 2009

hadirlah kamu..



hadirlah kamu......

dalam mimpiku

dalam realiti hidupku

dalam kehidupan harianku

untuk menbahagiakan aku

sebagai penyeri hidupku

sebagai pembimbingku

hadirlah kamu.....

Tuesday, March 24, 2009

cinta sejati

sejenak aku terfikir apakah itu cinta..
adakah cinta akan hadir dalam hidupku?
bila?bila? dan bila?
sesungguhnya biarlah cinta aku kepadamu YA ALLAH adalah cinta sejati..

Wednesday, March 18, 2009

hari-hari yang ceria

hari ni aku laluinya dengan hati yang ceria, tenang..
Alhamdulillah, aku juga cuba berpuasa penuh. maklumlah puasa yang ditinggalkan sebelum ni wajib diganti.
esok2 nanti sanggup ke tanggung dosa tinggal puasa? makin byk tahun makin berganda puasa yang ditinggalkan mesti diganti.

Aku hambaMU yang lemah berdoa kepadaMU YA ALLAH agar memberi rezeki, permudahkan segala urusanku..memberi kesihatan kepadaku dan sejahterakanlah kaum muslimin dan muslimat..Amin

Tuesday, January 13, 2009

tak sabar nak cuti balik kampung

lama dah xbalik kg..biasanya aku balik kg 3x setahun. aku memang jarang balik sbb umi + abah aku slalu dtg sini. jadi mgu depan aku bercadang nak ambik cuti 1mgu dan skg ni aku tgh fikir apa xtvt utk isi masa lapang kt kg nanti.

-spt biasanya aku kena mlwat semua sdara mara..kang bising plak diorang klau aku xgi umah depa.paling penting kena gi umah atok aku kat tepi pantai..tu yg best tu.
-aku rasa nak mkn sate trgnu, sotong celup tepung, air nyor..uih!!bestnya!
-gi pasar tani(penting). kat sana byk kuih, rm1 x 5 biji..tu yg best
-mlwat kwn aku yg comel, kiut (mcm ramona rahman)..dia ada anak brapa skg ek? last jmpa anak dia 2 org.
-jmpa cikgu jap..(tapi segan aku)

Sunday, January 11, 2009

terlepas 1 kelas

Ya Allah, rugi sgt aku tak gi kelas semlm..aku betul2 tak sure aku ada kelas sbb aku baru je register hari jumaat.
krn masalah register lah yg menyebabkan aku terlepas 1 kelas..

aku tau sem ni aku kena blajar rajin2..aku kena kejar balik apa yg aku tinggal sem lepas..aku mesti berusaha!

Tuesday, January 6, 2009

Without you

No, I can't forget this evening
Or your face as you were leaving
But I guess that's just the way the story goes
You always smile but in you eyes your sorrow shows
Yes, it shows

No I can't forget tomorrow
When I think of all my sorrow
When I had you there but then I let you go
And now its only fair that I should let you know
What you should know

I can't live if living is without you
I can't give, I can't give anymore
Can't live if living is without you
Can't give, I can't give anymore

No, I can't forget this evening
Or your face as you were leaving
But I guess that's just the way the story goes
You always smile but in you eyes your sorrow shows
Yes, it shows

I can't live if living is without you
I can't give, I can't give anymore
Can't live if living is without you
Can't give, I can't give anymore

I can't live if living is without you
I can't give, I can't give anymore
Can't live if living is without you
Can't give, I can't give anymore

relax


baik aku jgn fikir sgt masalah tu, tak pasal2 nanti aku cepat tua dari usia sebenar..hehehe


upload pic sikit...
ni pic anak sdara aku...

Masalah lagi...

hari2 aku duk fikir pasal ni sejak 2 minggu lepas. aku risaulah..aku tak boleh register masuk uitm sem ni. aku xtau problem apa sistem on-line. tapi ari ni aku ambik keputusan buat surat supaya uitm dpt ambil tindakan selanjutnya.

klau aku xdpt jwpan dari uitm, aku ambik keputusan tarik diri lah.. aku akan register kat politeknik je..senang crita!

pastu klau ada jodoh aku kwin je..senang kan???

Thursday, January 1, 2009

happy new year & hadiah thn baru

slmt thn baru..spt thn2 lepas, aku mnyambut thn baru di KL. Walaupun ramai berpusu-pusu ke Dtaran Mdeka, The Curve, KLCC tapi aku...lebih senang duk rumah..tgk bunga api pun melalui tv. klau nk tgk secara live, keluar je kat koridor flat..dari jauh dah boleh nampak merata2 percikan bunga api..
Mlm itu aku tunaikan solat sunat dan memanjat kesyukuran, aku masih diberi umur panjang dan menjalani rutin harian aku spt biasa.

Aku bersyukur thn ni sbg penutup 2008, aku menerima hadiah cabutan bertuah tv samsung LCD 32'..sempena makan kuaci dan menang hadiah. sbnarnya aku pun xsangka dpt hadiah ni..klau ikutkan seumur hidup aku tak pernah bertuah pun..

apa impian aku thn 2009? tiada apa yg aku mahukan selain kehidupan yang lebih baik dan sentiasa bersyukur dgn RahmatNYA.