Tuesday, April 27, 2010

catatan harian je

hari ini aku bersemangat macam biasa...keletihan pun xde. sbb apa? mgkin semlm bermain bola jaring, peluh keluar jadi badan rasa sihat.
tapi mlm tadi tido xlena padahal klau nak ikutkan penatnya main bola jaring, termasuk bola tampar wlpun bola tak pernah aku dapat..hehehehe. bukan apa bola tmpar ni aku sensitif sikit, takut wei..bahaya main bola tampar ni. takut mengalami kecederaan fizikal. tak tahan nak tanggung kesakitan.
aku baca buku sampai tgh mlm tapi kul 2 aku terjaga. xbleh tido dah.. aku puas fikir why aku xbleh tido?
tapi mlm tadi jarang2 skali berlaku dalam kehidupan aku..klau nak kira seumur hidup aku dah nak masuk 26 tahun ni, mlm tadi aku bgn mengadap yang Esa, hati tenang. xde apa yang aku minta dari Dia, hanya aku mahu keberkatan hidup..aku hanya termenung saja atas sejadah kuning berbaldu ( yang aku beli kat Mekah...nak mention kat sini sejadah beli kat Mekah moga2 biar rajin sembahyang..hehehe)
p/s : tak sabar nak tunggu umi dgn abah dtg hujung minggu ni... tapi aku nak bwa diorang pi jalan2 kat mana ek? kat alamanda???hmmmm..tgk la

Tuesday, April 13, 2010

catatan 13 hari di Tanah Suci















wah! ketibaan tarikh 25/03/2010 amat membahagiakan...
tiba je hari tu, aku dah tak peduli benda lain.aku hanya ingat di sana je.. sbb sepenuh hati aku kat sana dah.

waktu di sini dgn di sana lain sikit. kat sana lambat 5 jam dari Malaysia. Katakan malaysia sekarang kul 6 ptg, kat sana baru pukul 1 tghari.. lebih kurang camtu kiraanya.. aku pun mula2 terpinga2.. first day aku kat tanah suci aku sembahyang subuh kul 6.. padahal itu dah kira subuh gajah sbb kat sana subuhnya kul 4.55 pg...

Madinah adalah satu tempat yang tenang dan sejuk..bersih. pastu aku hairan tau. semua tempat aku pergi mesti wangi. Klau kita tengah berasak2 dengan orang pun mereka tetap bau wangi. Kdang2 aku bila cium tngan sdiri tetap bau wangi. pendek kata kita tak payah pkai minyak wangi sbb kita tetap bau wangi..
gambar ni aku rakam waktu maghrib. ramai kan... waktu ni aku baru lepas buat umrah kali ke 6 kot.. biasanya aku wat pagi. tapi kitorang try wat waktu maghrib plak. ramainya orang.. tapi semua yang aku buat sangat mudah dan siap cepat.. klau kita berniat apa saja mesti tertunai dengan cepat.

masa tawaf je dah tersekat2 sbb ramai orang tp aku berniat dlm hati agar mudah selesai dgn cepat. Alhamdulillah..dlm masa 2 jam semua selesai..




masa ni kami rakam waktu mula2 sampai kat Mekah. Kira ni hari ke2. Waktu tu kami teruja sangat2.aku pun tak byk bercakap sbb aku terpegun sebenarnya. Tak sangka rupa-rupanya aku salah seorang yang terpilih untuk ke Tanah Suci di waktu usia yang aku kira masih muda.

Aku ni hari2 duk tengok temperature, mula2 sampai 26 darjah c. tapi bila kitorang dah nak balik pada hari ke10, temperature naik hingga 41 darjah c. tapi kepanasan tak macam kat tempat kita.. wlpun panas tapi aku still maintain, berpeluh pun sikit2 je..lgpun angin kat sana agak kuat jadi kepanasan matahari xterasa sangat. cuma perit kat atas belakang la sikit.
kat sana ada skli tok imam wat solat hajat minta hujan. aku terdengar ada yg bersembang dah setahun 2 hujan xpenah turun. last hujan turun masa banjir kat jeddah. tapi aku xtahu la plak bila banjir kat jeddah.


kat sini di panggil jabbal rammah (betul ke aku eja ni) iaitu tempat pertemuan nabi Adam dengan Hawa. Adam dan Hawa berpimpin tangan masa naik bukit ni..kata kami punya ustaz la.. tempat ni juga dikatakan tempat mustajab untuk berdoa kebahagian rumahtangga, doa untuk mendapat zuriat dan yang penting mereka yang bujang..doa untuk mendapat jodoh..

doakan supaya kita mendapat keberkatan hidup dan yang penting biarlah jodoh kita tu yang menyenangkan hati.. kata2 ustaz aku tu akan aku ingat sampai bila2

inilah gambar paling mahal yang aku ada setakat ini..

aku takut gak mula2 nak ambil, takut kamera kena rampas kat polis yg menjaga masjid. tapi lepas aku ambik tu cepat2 aku simpan kamera. huhu..dah rezeki aku. pastu esok2 tu polis dah tak bagi kpd mereka yang nak ambik gambar..

waktu ni tak ramai org sbb waktu pagi..waktu mereka bersarapan. saat ni klau duk atas tangga, termenung tengok kaabah adalah saat membahagiakan.ketenangan hati tak terucap dengan kata2.

wangian kaabah tu...Ya Allah! wanginya..kainnya lembut..batu kaabah pun licin je..

apa yang aku harap ialah aku masih panjang umur dan dimurahlan rezeki untuk ke sana lagi.. klau boleh tiap2 tahun ke sana. xbalik ke malaysia lagi pun xpe. Amat membahagiakan. orang kata hujan emas di negeri orang hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. tapi aku rasa lebih baik aku duk disana dari negeri sendiri.. seronok sangat. Amat membahagiakan..