Wednesday, July 14, 2010

mimpi keinsafan....

seharian aku menguruskan urusan peribadi membuatkan aku tidur awal mlm tadi. seawal jam 9.30 mlm aku mula naik atas katil..ngantuk lorr

11.30 aku dah terjaga..ngantuk memang ngantuk sbb mata xbleh buka tapi fikiran aku ni segar je.. dlm mata terpejam tu aku call si dia. cerita sbb aku dah mimpi ngeri. mimpi hantu plak tu.. kononnya hantu duk melekat kat atas bumbung keta. huhuhu..maunya xngeri. jantung aku ni speed berapa pun aku xtau.berdebar giler. bila dan sembang2 dgn dia jap, aku rasa relax kejap, sambil2 tu aku intai melaui bawah pintu bilik aku, lampu kat luar masih menyala.. maknanya budak2 umah aku lum tidur. ya la, awal lagi baru 11 lebih. aku bgn tutup lampu kat luar, kot2 bdk ni lupa nak off lampu kang..maunya bil tinggi bln ni mampus aku.

aku sambung tidur dlm 12 lebih. aduhai, ni la mimpi ke2 dahsyat dlm hidup aku. dalam mimpi tu... aku merasakan dunia dah nak kiamat. laut bergelora, tsunami akan mengacam. dlm bilik, dari jauh aku lihat air (mcam tsunami) datang ke arah aku dan bakal menghentam kami (adik2 beradik aku).. Ya Allah, aku rasa macam dah mati tapi kami masih hidup. Air tu hanya melalui di sebelah kami. Tak lama kemudian, dtg lagi semacam tsunami menghentam kami tapi kami masih hidup. dalam mimpi tu berulang kali perkara yang sama mebuatkan aku sentiasa takut.

aku terjaga. baru kul 3 lebih. aduh!! menakutkan. rasa nak sembahyang sunat tapi ngantuk yg amat sgt. dalam keadaan sedar aku memohon tuhan mengampuni aku.. aku banyak berdosa dengan Dia. Biarlah apa yang aku minta dgn dia mlm tadi hanya Dia dan aku yang tahu.

Semoga Dia mengampuni dosa aku, muslimin dan muslimat.. selagi kita masih hidup, masih diberi peluang, mohonlah keampunan dari dia..

Sunday, May 9, 2010

murah tapi mahal

sudah lama dia menunggu
mana tahu dapat jumpa
emas, berlian, tiara ke..
tapi
hari ini dia hanya menjumpai suasa..

suasa ini dia ambil
mula disimpan dalam peti rahsianya
suasa ini dilihat setiap hari
mula dijaga..kadang2 digosok, ditiup lembut
mengharap agar suasa ini bersinar
bakal memberi kebahagian

suasa ini mula menceriakan
melupakan emas yang hilang dahulu
suasa ini wlpun murah harganya
tapi susah untuk dicari
kerana suasa ini mahal nilainya

Tuesday, April 27, 2010

catatan harian je

hari ini aku bersemangat macam biasa...keletihan pun xde. sbb apa? mgkin semlm bermain bola jaring, peluh keluar jadi badan rasa sihat.
tapi mlm tadi tido xlena padahal klau nak ikutkan penatnya main bola jaring, termasuk bola tampar wlpun bola tak pernah aku dapat..hehehehe. bukan apa bola tmpar ni aku sensitif sikit, takut wei..bahaya main bola tampar ni. takut mengalami kecederaan fizikal. tak tahan nak tanggung kesakitan.
aku baca buku sampai tgh mlm tapi kul 2 aku terjaga. xbleh tido dah.. aku puas fikir why aku xbleh tido?
tapi mlm tadi jarang2 skali berlaku dalam kehidupan aku..klau nak kira seumur hidup aku dah nak masuk 26 tahun ni, mlm tadi aku bgn mengadap yang Esa, hati tenang. xde apa yang aku minta dari Dia, hanya aku mahu keberkatan hidup..aku hanya termenung saja atas sejadah kuning berbaldu ( yang aku beli kat Mekah...nak mention kat sini sejadah beli kat Mekah moga2 biar rajin sembahyang..hehehe)
p/s : tak sabar nak tunggu umi dgn abah dtg hujung minggu ni... tapi aku nak bwa diorang pi jalan2 kat mana ek? kat alamanda???hmmmm..tgk la

Tuesday, April 13, 2010

catatan 13 hari di Tanah Suci















wah! ketibaan tarikh 25/03/2010 amat membahagiakan...
tiba je hari tu, aku dah tak peduli benda lain.aku hanya ingat di sana je.. sbb sepenuh hati aku kat sana dah.

waktu di sini dgn di sana lain sikit. kat sana lambat 5 jam dari Malaysia. Katakan malaysia sekarang kul 6 ptg, kat sana baru pukul 1 tghari.. lebih kurang camtu kiraanya.. aku pun mula2 terpinga2.. first day aku kat tanah suci aku sembahyang subuh kul 6.. padahal itu dah kira subuh gajah sbb kat sana subuhnya kul 4.55 pg...

Madinah adalah satu tempat yang tenang dan sejuk..bersih. pastu aku hairan tau. semua tempat aku pergi mesti wangi. Klau kita tengah berasak2 dengan orang pun mereka tetap bau wangi. Kdang2 aku bila cium tngan sdiri tetap bau wangi. pendek kata kita tak payah pkai minyak wangi sbb kita tetap bau wangi..
gambar ni aku rakam waktu maghrib. ramai kan... waktu ni aku baru lepas buat umrah kali ke 6 kot.. biasanya aku wat pagi. tapi kitorang try wat waktu maghrib plak. ramainya orang.. tapi semua yang aku buat sangat mudah dan siap cepat.. klau kita berniat apa saja mesti tertunai dengan cepat.

masa tawaf je dah tersekat2 sbb ramai orang tp aku berniat dlm hati agar mudah selesai dgn cepat. Alhamdulillah..dlm masa 2 jam semua selesai..




masa ni kami rakam waktu mula2 sampai kat Mekah. Kira ni hari ke2. Waktu tu kami teruja sangat2.aku pun tak byk bercakap sbb aku terpegun sebenarnya. Tak sangka rupa-rupanya aku salah seorang yang terpilih untuk ke Tanah Suci di waktu usia yang aku kira masih muda.

Aku ni hari2 duk tengok temperature, mula2 sampai 26 darjah c. tapi bila kitorang dah nak balik pada hari ke10, temperature naik hingga 41 darjah c. tapi kepanasan tak macam kat tempat kita.. wlpun panas tapi aku still maintain, berpeluh pun sikit2 je..lgpun angin kat sana agak kuat jadi kepanasan matahari xterasa sangat. cuma perit kat atas belakang la sikit.
kat sana ada skli tok imam wat solat hajat minta hujan. aku terdengar ada yg bersembang dah setahun 2 hujan xpenah turun. last hujan turun masa banjir kat jeddah. tapi aku xtahu la plak bila banjir kat jeddah.


kat sini di panggil jabbal rammah (betul ke aku eja ni) iaitu tempat pertemuan nabi Adam dengan Hawa. Adam dan Hawa berpimpin tangan masa naik bukit ni..kata kami punya ustaz la.. tempat ni juga dikatakan tempat mustajab untuk berdoa kebahagian rumahtangga, doa untuk mendapat zuriat dan yang penting mereka yang bujang..doa untuk mendapat jodoh..

doakan supaya kita mendapat keberkatan hidup dan yang penting biarlah jodoh kita tu yang menyenangkan hati.. kata2 ustaz aku tu akan aku ingat sampai bila2

inilah gambar paling mahal yang aku ada setakat ini..

aku takut gak mula2 nak ambil, takut kamera kena rampas kat polis yg menjaga masjid. tapi lepas aku ambik tu cepat2 aku simpan kamera. huhu..dah rezeki aku. pastu esok2 tu polis dah tak bagi kpd mereka yang nak ambik gambar..

waktu ni tak ramai org sbb waktu pagi..waktu mereka bersarapan. saat ni klau duk atas tangga, termenung tengok kaabah adalah saat membahagiakan.ketenangan hati tak terucap dengan kata2.

wangian kaabah tu...Ya Allah! wanginya..kainnya lembut..batu kaabah pun licin je..

apa yang aku harap ialah aku masih panjang umur dan dimurahlan rezeki untuk ke sana lagi.. klau boleh tiap2 tahun ke sana. xbalik ke malaysia lagi pun xpe. Amat membahagiakan. orang kata hujan emas di negeri orang hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. tapi aku rasa lebih baik aku duk disana dari negeri sendiri.. seronok sangat. Amat membahagiakan..

Monday, March 15, 2010

cantik kan? kat sini la aku nak pergi minggu depan. aku pun tak percaya..

hari yang dinanti untuk ke sana makin dekat. perasaan aku berbaur, rasa takut ada, gembira pun ada..bimbang lagi la..macam2..
aku takut sebab apa? takut bila pergi aku tak kembali lagi..aku ni banyak dosa, takut tak terampun olehNya. gembira sebab apa? sebab aku rasa aku terpilih olehNya untuk pergi ke tempat yang suci. Bimbang plak sebab apa? aku bimbang aku xboleh buat yang terbaik. klau boleh biarlah segalanya mudah.
aku kan klau bleh setiap tahun aku nak gi ke sana. aku rasa macam tu skg ni walpun aku xpernah pergi lagi..tahun ni aku pergi dgn keluarga aku, biarlah tahun depan aku pergi dengan kluarga aku + keluarga dia skali..bahagia kan? mana tahu thn depan aku kwin kat sana..ala2 umi aida dgn hubby dia?? huhu aku bermimpi plak....
kpd kwn2, aku minta maaf klau aku ada dosa dgn korang..smoga kita semua dirahmati Allah.

Sunday, February 28, 2010

Pohonlah Keampunan Dan Kemaafan Sebelum Terlambat

Dalam kita meniti kehidupan seharian, rupa-rupanya banyak dugaan yang kita terima. Dosa pahala setiap hari, setiap masa, setiap saat dicatat. Semakin dekat untuk aku berkunjung ke rumahMu Ya Allah, aku semakin takut. Takut untuk mendepani mereka-mereka yang beriman, takut untuk berada di tempat yang suci..semua bermain dalam minda aku seharian. Adakah amalan seharianku diterima, apakah dosaku Kau maafkan....

kepada mereka..ingin sekali aku memohon maaf semua kesilapanku terhadap mereka semua..
harapanku agar dapat pergi dengan tenang dan kembali sebagai seorang muslimah yang hanya mencintaiMu Ya Allah.. hidupku matiku hanya kerana Allah...


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”

Riwayat Bukhari


HuraianPengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.

ii) Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.

iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Wednesday, February 17, 2010

Segalanya telah ditakdirkan...

rujuk pada renungan dan iktibar
http://norbaizura84.blogspot.com/2010/02/renungan-iktibar.html
yang aku post sebelum ni... sememangnya ALLAH itu maha berkuasa....

hikmah aku balik kampung cuti raya cina.. hikmah aku tidak mengikut adik beradik mandi air terjun..(aku ikut abah jalan2 kat bandar jerteh..hehehe)...banyak betul HIKMAH kan....

abah dan umi cerita segala-galanya...(pasal aku dan dia). Abah membuka pekung di dada bahawa dia menyenangi andai aku tidak memilih .... TIDAK MEMILIH untuk hidup bersama si dia. kata abah, dia merasakan aku tidak bahagia dengan si dia.. kata abah la... kata umi lebih kurang abah jugak. kata umi lagi, si dia tu tidak menyayangi aku sangat..(sayang sikit2 je tu)

patut la aku tidak senang hati lepas bawa balik dia jmpa abah... rupanya abah dgn umi tak berapa restu dengan hubungan kami.. mereka sebenarnya tidak kisah sape pilihan aku tapi si dia ni kata abah kalau boleh cari yang lain lagi... (huhuhu...membujang lagi aku maknanya)