Sunday, May 9, 2010

murah tapi mahal

sudah lama dia menunggu
mana tahu dapat jumpa
emas, berlian, tiara ke..
tapi
hari ini dia hanya menjumpai suasa..

suasa ini dia ambil
mula disimpan dalam peti rahsianya
suasa ini dilihat setiap hari
mula dijaga..kadang2 digosok, ditiup lembut
mengharap agar suasa ini bersinar
bakal memberi kebahagian

suasa ini mula menceriakan
melupakan emas yang hilang dahulu
suasa ini wlpun murah harganya
tapi susah untuk dicari
kerana suasa ini mahal nilainya