Sunday, April 19, 2009

saat ketibaan malaikat maut ?????

19 april 2009

Jam hampir menunjukkan pukul 2.30 pagi tapi mata aku masih belum mengantuk. sudah puas aku berusaha untuk melelapkan mata, selepas satu zikir, satu zikir memuji kebesaran Allah, aku pusing kanan, pusing kekiri, memeluk si garfield (teman tidur aku), semua sudah yang aku buat tapi mata ini tetap tidak mahu lelap sedangkan aku terpaksa bangun awal pagi keesokan hari untuk pergi kerja.

aku terfikir mengapa aku masih tidak mahu tidur, mungkin kerana aku gembira dapat berjumpa umi dan abah aku tadi. kami adik beradik berkumpul di KLIA tadi untuk menghantar mereka mengerjakan umrah. berbagai cerita yang kami kongsi bersama apabila berkumpul beramai-ramai maklumlah masing-masing sibuk dengan kerjaya.

entah pukul berapa aku tidak pasti, saat mata aku hampir terlelap tiba-tiba aku rasakan jantung aku berhenti berdegup. mata aku terus terbuka luas dan seakan aku rasakan mahu menangis. aku merasa takut dan terfikir adakah aku akan meninggalkan alam ini sebentar lagi?

''Ya Allah, sekiranya ajal aku hampir tiba saat ini, maka aku amat bersedih kerana tidak dapat menunaikan impian aku bersama kedua ibubapaku" hanya itu yang aku sempat aku fikirkan. terus aku mengucap 2 kalimah syahadah sebanyak 3x tapi untuk ucapan yang ke-3, aku rasakan bacaan aku semakin tidak betul dan aku terus diam. aku sudahkan bacaan itu dalam hati dan aku memejam mata.
....................................................................................................................................................................
trittt..tritt..tritt
alhamdulillah 6.10 pagi aku terdengar ringtone alarm hp samsung aku berbunyi, serta merta aku bangun dan terfikir apakah yang berlaku mlm tadi..


No comments: