Sunday, January 17, 2010

Renungan terakhir

Sebelumnya kau pergi Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini Mungkin yang terakhir
Dan tak usah Kita kesali Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku Kiranya menggangu ketenagan Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku

Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu Mudahnya berlaku
Mengapa begitu Berubah layu
Aku menerima Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu dengan mu....

catatan hari-hari terakhir seorang kekasih


15/01/2010
berehat sebentar, baru pulang dari kerja..
menerima mesej dari dia, menjanjikan satu pertemuan yang sudah lama membibitkan rasa rindu yang amat sangat..
terdetik di hati, rasa gementar kerana sudah lama tidak bertemu.. memikirkan apa yang perlu buat, apa yang perlu dicakapkan.. ingin luahkan rasa rindu, rindu sangat2..
(rasanya tido malam itu tidak lena...)

16/01/2010
bangun awal pagi...kemas rumah (semangat ada..tapi hati rasa tidak tenang..kenapa yek?) memandu kereta dengan PERLAHAN tapi hampir eksiden sbb ada keta laju..memotong sebelah kiri.. bila semakin hampir tempat yang dijanjikan rasa gemntar yang amat sangat hingga tangan yang memegang stereng menggeletar.. rasanya mahu demam tapi tak..camne tu?

melihat dia hati bagaikan luruh..rindu yang amat. tapi masih dalam kawalan.. keluar, jalan2, membeli belah..macam biasa dan gembira. tapi hati rasa macam tidak tenang..menggigil je.

petang itu disaksikan klcc kot, (sebab hajatnya nak gi klcc ), terjawablah segala persoalan selama ini.. hati tidak tenang sejak 3 bulan yang lalu, rasa jauh sangat dengan dia, apatah lagi sejak semalam asyik berdebar.. Kata2nya..kata2 dia membuatkan jantung berhenti seketika, merasakan panas dimuka yang tidak tahan2.. Air mata ditahan agar tidak tumpah ke pipi.

Perhubungan baru bermula, manis hanya seketika.. akhirnya wujud orang ketiga pilihan keluarga membuat aku terpaksa undur diri. memberi laluan kebahagian pada dia..

'' YA ALLAH, dugaan ini hanya kecil membuat hambaMU ini tidak tertanggung, banyak lagi dugaan yang terpaksa tempuhi di masa hadapan. Aku redha atas dugaan ini kalau KAU sudah menjanjikan yang lebih baik untuk aku. Oleh itu YA ALLAH aku mohon padamu kuatkanlah semangat aku, berianlah aku kekuatan dalam menghadapi kehidupan di dunia ini..Amin."
( pssst...pic tu konon frust la..)
17/01/2010
Terima kasih pada keluarga kerana bagi sokongan..kawan2,terima kasih dgr luahan hati.. Cukup untuk 1 hari aku bersedih. kehidupan mesti diteruskan.. Aku menjanjikan kenangan bersamanya tiada dalam ingatan..Pulangkan semua barang2 yang boleh mengingatkan aku pada dia..

kasih sayang aku, cinta aku, pengorbananku hnya untuk seseorang yang akan hidup bersamaku, bahagia...susah senang akan dilalui bersama..hingga ke Syurga hatiku hanya untuk si dia yang bernama Suami.

Hari ini, aku mulakan kehidupan baru..semangat baru.. aku adalah aku..

Wednesday, January 13, 2010

Idaman kau dan dia....

Aku saje post benda2 camni agar mata aku segar di waktu ini. Klau aku ngatuk leh la aku tgk dia. ( sape kah dia??? )

Dalam situasi zaman sekarang, ramai di kalangan mereka ini menjadi idaman semua pmpuan..ko dan dia. aku? aku rasa xlah sebab..sebab...klau aku bagi sebab mesti penat aku nak tulis, klau cakap, bleh la..( :-P ). Tapi aku lebih suka pattison..(pssst...nampaknya aku kena berebut dgn adik aku sbb dia pun suka pattison).




Tuesday, January 5, 2010

seminggu tahun baru

hampir seminggu dah kita lalui tahun baru...huhu. banyak ragam yang kita tengok. ibu bapa sibuk hantar anak sekolah (leh tgk la..kwn2 satu opis ramai cuti..anak sekolahhh katanya). jalan2 raya mula la jammm je. aku seawal pagi dah gerak dari umah gi keja. takut jammmm..nyampah!
bila tengok aksi anak2 kecil, aku plak teringat zaman kecik2 dulu..(xde plak aku nangis.... seingat aku la). tapi kan, mgkin aku akan tgk aksi anak2 aku plak esok2..(bila la aku nk kwin.. :-P)
Yang aku xleh lupa masa kecik2 dulu, wlpun fmly aku miskin masa tu, abah aku cari duit beli beg galas kaler hijau jenis swan.. (TQ abah)