Sunday, February 28, 2010

Pohonlah Keampunan Dan Kemaafan Sebelum Terlambat

Dalam kita meniti kehidupan seharian, rupa-rupanya banyak dugaan yang kita terima. Dosa pahala setiap hari, setiap masa, setiap saat dicatat. Semakin dekat untuk aku berkunjung ke rumahMu Ya Allah, aku semakin takut. Takut untuk mendepani mereka-mereka yang beriman, takut untuk berada di tempat yang suci..semua bermain dalam minda aku seharian. Adakah amalan seharianku diterima, apakah dosaku Kau maafkan....

kepada mereka..ingin sekali aku memohon maaf semua kesilapanku terhadap mereka semua..
harapanku agar dapat pergi dengan tenang dan kembali sebagai seorang muslimah yang hanya mencintaiMu Ya Allah.. hidupku matiku hanya kerana Allah...


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”

Riwayat Bukhari


HuraianPengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.

ii) Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.

iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Wednesday, February 17, 2010

Segalanya telah ditakdirkan...

rujuk pada renungan dan iktibar
http://norbaizura84.blogspot.com/2010/02/renungan-iktibar.html
yang aku post sebelum ni... sememangnya ALLAH itu maha berkuasa....

hikmah aku balik kampung cuti raya cina.. hikmah aku tidak mengikut adik beradik mandi air terjun..(aku ikut abah jalan2 kat bandar jerteh..hehehe)...banyak betul HIKMAH kan....

abah dan umi cerita segala-galanya...(pasal aku dan dia). Abah membuka pekung di dada bahawa dia menyenangi andai aku tidak memilih .... TIDAK MEMILIH untuk hidup bersama si dia. kata abah, dia merasakan aku tidak bahagia dengan si dia.. kata abah la... kata umi lebih kurang abah jugak. kata umi lagi, si dia tu tidak menyayangi aku sangat..(sayang sikit2 je tu)

patut la aku tidak senang hati lepas bawa balik dia jmpa abah... rupanya abah dgn umi tak berapa restu dengan hubungan kami.. mereka sebenarnya tidak kisah sape pilihan aku tapi si dia ni kata abah kalau boleh cari yang lain lagi... (huhuhu...membujang lagi aku maknanya)

Thursday, February 11, 2010

renungan & iktibar

hari ini hari jumaat, aku nak bercakap pasal iktibar dan sama2 renungkan...

aku bersyukur pada Mu Ya ALLAH.. kebesaranMU, KeadilahMU, SayangMU, KecintaanMU pada aku Ya Rahman...
Dalam kehidupan seharian aku termenung memikirkan apa sebenarnya yang berlaku pada aku..

Setiap hari bangun pagi, pergi kerja.. petang balik kerja..
malam duduk rumah saja...tgk tv, baca buku, dengar radio...
itulah rutin harian ku...
membosankan bukan?
hujung minggu...duduk rumah.
ada masa (klau rajin)...pergi jogging dgn kwn..
berehat, baca buku, kemas rumah yg memang kemas sgt2...
membosankan bukan?
telefon? dulu msg selalu masuk, msg full..delete..ada org call pagi, ptg dan mlm... (ada boyfriend katakan..). kiranya boleh la hilangkan boring setiap hari sbb kita rasa ada org sayang kita kan.
duk rumah rasa bahagia membayangkan rumah itu akan jadi syurga untuk keluarga kita nanti. bahagia kan...

tapi....
ALLAH itu maha kaya, maha agung, amat menyayangi hambaNYA..
Apabila DIA takdirkan aku berpisah dengan si dia... aku bersyukur. Rupa2nya ada hikmah disebalik semua ini..

Aku bersyukur semakin hampir aku ingin ke tanah suci, aku merasakan aku perlu mensucikan diri.. aku perlu menjauhi perkara2 yang dilarang olehNYA. ( masa couple, klau xpegang tgn..bohongla kan..xbaik tu, dosa!) Maka disini aku merasakan dan yakin ALLAH mentakdirkan aku berpisah dgn dia, kerana apa....
kerana perlu jauhkan dari segala maksiat, sucikan diri aku untuk mengadap DIA di tanah suci.

Kejadian 3 bulan dia xdtg berjmpa aku menunjukkan bahawa telahan aku benar... Aku selalu merasakan dia semakin jauh dgnku, kadang2 aku merasakan ada org ke3 akan hadir dlm hidup aku dan dia.. Maka disini aku merasakan ALLAH telah memberi petunjuk dan maka benarlah apa yg aku rasakan selama ini.. Mgkin klau aku masih bersama dgn dia, aku akan sentiasa mkan hati...mana tau kan. Maka takdir ALLAH telah memisahkan kami..

Aku merendah diri, bermuhasabah denganMU Ya RAHMAN, bahawa aku bersyukur padaMU Ya ALLAh, kerana aku merasakan bahawa KAU sentiasa menyayangiku..Aku yakin segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..KAU lah tempat mereka mengadu, KAU lah tuhan sekalian alam..