Wednesday, December 30, 2009

tahun baru 2010

Tahun baru dah tiba la.. maknanya esok bermula tahun baru. Azam baru, semangat baru, umur baru, baju baru kot..hehehe. Klau ikut tahun aku dah masuk 26 thn. Dah tua rupanya aku yek.
Tahun 2009 aku tinggalkan banyak kenangan sedih, pahit, sakit hati pun ada...huhuhu. Antara perkara2 dalam ingatan aku :

Aku pindah ke rumah yg lebih selesa yg aku bleh katakan adalah syurga aku. Penat kat opis aku teringat kat rumah, sbb tu aku rasakan rumah memang syurga aku.

Paling aku sedih sampai berminggu2, krisis dalam keluarga aku. perkara kecik dibesar2kan sehingga masing2 makan hati..makan hati berulam jantung kot. aku harap thn baru memberi perubahan supaya ikatan kami sekeluarga lebih erat.

Nenek aku meninggal kul 2pagi. Nasib baik aku sedar bila adik aku tpon. Wlpun mamai, kami gerak balik kg pg tu lepas subuh.

kakak aku bersalin anak ke5, anak pmpuan..hehehe. tambah lagi sorang anak sedara aku.

Kesilapan yg agak besar aku buat ialah membuat kptusan terburu2 membawa si Dia balik kg jmpa keluarga aku. Aku tidak sedar bhwa dia sebenarnya tidak bersedia. Sehingga sekarang aku perlu menerima hakikat bhwa aku dan dia sbnarnya perlu berkawan dahulu..Now! aku rasa aku perlu ambil masa sedikit lagi untuk tamatkan zaman bujang aku.

Semoga tahun 2010 memberi kehidupan yang lebih bermakna kepada aku. Semoga Allah S.w.T merahmati ibubapaku, kaum muslimin muslimat, murahkan rezeki kami, memberi keberkatan dan melindungi kami dari kesusahan di dunia dan akhirat. Amin

Thursday, December 10, 2009

Selamilah hati ini

Cinta ini....
Ada batas ada ruang
Ada senda dan gurauan
Hanya untuk yang setia
Dan cintamu...Hanya engkau yang mengerti
Hanya engkau yang memahami
Itu punca perpisahan, Kau berjanji menjaga hati ini
Kau berjanji memupuk kasih sayang
Dan kita akan kekal bahagia
Aku rindu dengan janji manismu
Aku sayu dengan kalimah palsu
Hingga kini....Kau cuba untuk menyembunyi diri
Selamilah hati ini....Kasihilah jiwa ini
Di dalam bara berduri Atau di lautan sangsi
Ku ingin aku bahagia....Ku ingin aku gembira
Hanya itu yang termampu
Nilaian mu...

Sunday, December 6, 2009

Jangan susah hati...

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. lebih mudah hendaklah selalu amalkan zikrulLah banyak2 setiap kali lepas solat samada Tahlil, Tasbih dan Tahmid. Dan membaca AlQuran dan Salawat atas Nabi s.a.w. dan solat sunat dan bersadaqah. Tetapkan samada bilangan dan waktunya walaupun sedikit. Ia akan memudahkan hati sanubari dan ruh anda ingat kepada Allah dan RasulNya dan itu akan membuahkan segala peringatan yang baik2 seperti di atas. Adalah sukar untuk melatih dan mengajar dan beramal segala kehendak agama kecuali anda bermula dengan ikhlas mengingati Allah banyak2.

Itulah amalan yang dilakukan RasululLah serta sekelian ahli bait dan sahabat2 Baginda r.ah. Amin.

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

Thursday, December 3, 2009

family day

huhu..besarnya keluarga aku. Sbnarnya best ada adik berdik ramai. Klau berkumpul pening kpala.. mcm2 ragam. Masa ni aku punya planning gi cameron pening giler. duk fikir umah mana nak sewa sbb hotel full. maklumla cuti sekolah. Nasib baik teringat kat makcik yg mana aku penah sewa dulu umah dia. Nasib aku lagi baik sbb umah makcik tu besar. Bleh tampung keturunan Mohd Ridzuan (Abah aku) yg ramai ni.



Aku rasa dgn adanya fmly day, leh rapatkan hubungan kami sekeluarga. Ya la, masing2 sibuk. Jmpa jarang2 skali. apatah lagi klau nak kumpul semua adik beradik. Klau musim raya blum tentu bleh kumpul sebegini.






Masa ni jgn ckp la. Bermasalah tul dgn ank2 buah aku ni. Dah la ramai. Semua nak aiskrim..Kecoh. Kdg2 malu gak kat org ramai. Semua mengamuk nak dulu. Xleh sabar langsung.

Aku harap di masa akan datang, masih ada peluang untuk buat fmly day sebegini. Insya Allah.