Sunday, February 28, 2010

Pohonlah Keampunan Dan Kemaafan Sebelum Terlambat

Dalam kita meniti kehidupan seharian, rupa-rupanya banyak dugaan yang kita terima. Dosa pahala setiap hari, setiap masa, setiap saat dicatat. Semakin dekat untuk aku berkunjung ke rumahMu Ya Allah, aku semakin takut. Takut untuk mendepani mereka-mereka yang beriman, takut untuk berada di tempat yang suci..semua bermain dalam minda aku seharian. Adakah amalan seharianku diterima, apakah dosaku Kau maafkan....

kepada mereka..ingin sekali aku memohon maaf semua kesilapanku terhadap mereka semua..
harapanku agar dapat pergi dengan tenang dan kembali sebagai seorang muslimah yang hanya mencintaiMu Ya Allah.. hidupku matiku hanya kerana Allah...


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”

Riwayat Bukhari


HuraianPengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.

ii) Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.

iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

No comments: