Thursday, February 11, 2010

renungan & iktibar

hari ini hari jumaat, aku nak bercakap pasal iktibar dan sama2 renungkan...

aku bersyukur pada Mu Ya ALLAH.. kebesaranMU, KeadilahMU, SayangMU, KecintaanMU pada aku Ya Rahman...
Dalam kehidupan seharian aku termenung memikirkan apa sebenarnya yang berlaku pada aku..

Setiap hari bangun pagi, pergi kerja.. petang balik kerja..
malam duduk rumah saja...tgk tv, baca buku, dengar radio...
itulah rutin harian ku...
membosankan bukan?
hujung minggu...duduk rumah.
ada masa (klau rajin)...pergi jogging dgn kwn..
berehat, baca buku, kemas rumah yg memang kemas sgt2...
membosankan bukan?
telefon? dulu msg selalu masuk, msg full..delete..ada org call pagi, ptg dan mlm... (ada boyfriend katakan..). kiranya boleh la hilangkan boring setiap hari sbb kita rasa ada org sayang kita kan.
duk rumah rasa bahagia membayangkan rumah itu akan jadi syurga untuk keluarga kita nanti. bahagia kan...

tapi....
ALLAH itu maha kaya, maha agung, amat menyayangi hambaNYA..
Apabila DIA takdirkan aku berpisah dengan si dia... aku bersyukur. Rupa2nya ada hikmah disebalik semua ini..

Aku bersyukur semakin hampir aku ingin ke tanah suci, aku merasakan aku perlu mensucikan diri.. aku perlu menjauhi perkara2 yang dilarang olehNYA. ( masa couple, klau xpegang tgn..bohongla kan..xbaik tu, dosa!) Maka disini aku merasakan dan yakin ALLAH mentakdirkan aku berpisah dgn dia, kerana apa....
kerana perlu jauhkan dari segala maksiat, sucikan diri aku untuk mengadap DIA di tanah suci.

Kejadian 3 bulan dia xdtg berjmpa aku menunjukkan bahawa telahan aku benar... Aku selalu merasakan dia semakin jauh dgnku, kadang2 aku merasakan ada org ke3 akan hadir dlm hidup aku dan dia.. Maka disini aku merasakan ALLAH telah memberi petunjuk dan maka benarlah apa yg aku rasakan selama ini.. Mgkin klau aku masih bersama dgn dia, aku akan sentiasa mkan hati...mana tau kan. Maka takdir ALLAH telah memisahkan kami..

Aku merendah diri, bermuhasabah denganMU Ya RAHMAN, bahawa aku bersyukur padaMU Ya ALLAh, kerana aku merasakan bahawa KAU sentiasa menyayangiku..Aku yakin segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..KAU lah tempat mereka mengadu, KAU lah tuhan sekalian alam..

No comments: