Sunday, December 6, 2009

Jangan susah hati...

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. lebih mudah hendaklah selalu amalkan zikrulLah banyak2 setiap kali lepas solat samada Tahlil, Tasbih dan Tahmid. Dan membaca AlQuran dan Salawat atas Nabi s.a.w. dan solat sunat dan bersadaqah. Tetapkan samada bilangan dan waktunya walaupun sedikit. Ia akan memudahkan hati sanubari dan ruh anda ingat kepada Allah dan RasulNya dan itu akan membuahkan segala peringatan yang baik2 seperti di atas. Adalah sukar untuk melatih dan mengajar dan beramal segala kehendak agama kecuali anda bermula dengan ikhlas mengingati Allah banyak2.

Itulah amalan yang dilakukan RasululLah serta sekelian ahli bait dan sahabat2 Baginda r.ah. Amin.

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

Thursday, December 3, 2009

family day

huhu..besarnya keluarga aku. Sbnarnya best ada adik berdik ramai. Klau berkumpul pening kpala.. mcm2 ragam. Masa ni aku punya planning gi cameron pening giler. duk fikir umah mana nak sewa sbb hotel full. maklumla cuti sekolah. Nasib baik teringat kat makcik yg mana aku penah sewa dulu umah dia. Nasib aku lagi baik sbb umah makcik tu besar. Bleh tampung keturunan Mohd Ridzuan (Abah aku) yg ramai ni.



Aku rasa dgn adanya fmly day, leh rapatkan hubungan kami sekeluarga. Ya la, masing2 sibuk. Jmpa jarang2 skali. apatah lagi klau nak kumpul semua adik beradik. Klau musim raya blum tentu bleh kumpul sebegini.






Masa ni jgn ckp la. Bermasalah tul dgn ank2 buah aku ni. Dah la ramai. Semua nak aiskrim..Kecoh. Kdg2 malu gak kat org ramai. Semua mengamuk nak dulu. Xleh sabar langsung.

Aku harap di masa akan datang, masih ada peluang untuk buat fmly day sebegini. Insya Allah.


















Monday, November 9, 2009

sepi..

sejak kebelakangan ni aku rasa cam sepi
apa aku buat semua sepi

aku buat kerja dan itu sekadar kerja
aku bergurau senda dgn mereka...itu hanya gurauan
aku sepi..

aku berfikir...
tentang hidup aku..
apa akan berlaku esok..
apa akan terjadi masa depan aku...

aku mengenali dia
tapi hanya sepi yang aku rasa..
aku cuba lagi
tapi masih sepi

aku dirumah..
aku mahu ketenangan..
dirumahlah segalanya bagiku..
sepi tidak hadir bila aku di Syurgaku..

Wednesday, September 30, 2009

cintaku kepadamu


Ada yang kubekalkan
Kubekalkan untukmu Cinta yang tulus dan abadi
Ada yang kuharapkan
Kuharapkan darimu Cinta yang tulus dan suci
Kudendangkan untukmu
Semoga kau dibuai kasih
Kuimpikan belaian kasih abadi
Itulah pintaanku
Pintaanku untuk bersama Cinta…..
Peruntukan semalamnya

datang dengan janjiku..

Ke manakah resah nak ku lemparkan
Di mana hilang kemesraan lalu
Malamku suram bintang tak menyinar
Aku sepi tanpa hadirmu... di sisiku

Dalam rindu yang amat menyiksakan
Ku dakap potretmu dalam genggaman
Namun resahku tak bisa berlalu
Jeritan hati memanggil namamu
Sepi tanpa hadirmu... dirimu oh kasihku

Ku dengar... suaramu berbisik
Gemersiknya di celah sang bayu
Ku terbayang... wajahmu menjelma
Dalam senyum bagaikan ada tangisan
Ku turut merasakan

Kasih... perpisahan sementara ini
Mengajar kita erti sepi dan rindu
Teguhnya cinta suci

Sayang... biarpun berjauhan kita terpisah
Betapa tabahnya kesetiaanmu
Menantikan saat... supaya dapat bersatu

Kau hadir dengan setiamu
Aku datang dengan janjiku

Sunday, June 21, 2009

kat kampung

apa yang best untuk aku cerita pasal balik kampung ni?? aku rasakan bahawa kampung aku ni seronok. mungkin sebab aku duk dikawasan pedalaman, pastu kg atok plak kt tepi pantai... bestttt

masa ni aku duk umah atok aku...best betul. angin kuat pastu mkn buah mempelam banyakkkkk sgt. anak sedara yang pmpuan ni suka sangat buah mempelam. dia yang paling byk mkn..
nampak je aku penyayang peluk anak buah aku tu tapi hakikatnya aku pantang klau budak2 buat salah, jap lagi aku bagi ketam lerr.

Sunday, June 7, 2009

chayokkkk!!!!

masa ni perlawanan bola jaring antara rumah sukan SPP. sape juara???
kami juara!
ek eleh..baru menang satu game dah kecoh!!!
habis, game yang lain asyik kecundang jek..apapun aku tetap happy dapat memberi emas kepada kumpulan kami..savvy.



bila dah penat, nak makan oren pun xde selera tapi aku mkn gak sbb lapar.. tapi bila makan terlalu byk perut plak sepanjang mlm buat hal..