Sunday, January 17, 2010

catatan hari-hari terakhir seorang kekasih


15/01/2010
berehat sebentar, baru pulang dari kerja..
menerima mesej dari dia, menjanjikan satu pertemuan yang sudah lama membibitkan rasa rindu yang amat sangat..
terdetik di hati, rasa gementar kerana sudah lama tidak bertemu.. memikirkan apa yang perlu buat, apa yang perlu dicakapkan.. ingin luahkan rasa rindu, rindu sangat2..
(rasanya tido malam itu tidak lena...)

16/01/2010
bangun awal pagi...kemas rumah (semangat ada..tapi hati rasa tidak tenang..kenapa yek?) memandu kereta dengan PERLAHAN tapi hampir eksiden sbb ada keta laju..memotong sebelah kiri.. bila semakin hampir tempat yang dijanjikan rasa gemntar yang amat sangat hingga tangan yang memegang stereng menggeletar.. rasanya mahu demam tapi tak..camne tu?

melihat dia hati bagaikan luruh..rindu yang amat. tapi masih dalam kawalan.. keluar, jalan2, membeli belah..macam biasa dan gembira. tapi hati rasa macam tidak tenang..menggigil je.

petang itu disaksikan klcc kot, (sebab hajatnya nak gi klcc ), terjawablah segala persoalan selama ini.. hati tidak tenang sejak 3 bulan yang lalu, rasa jauh sangat dengan dia, apatah lagi sejak semalam asyik berdebar.. Kata2nya..kata2 dia membuatkan jantung berhenti seketika, merasakan panas dimuka yang tidak tahan2.. Air mata ditahan agar tidak tumpah ke pipi.

Perhubungan baru bermula, manis hanya seketika.. akhirnya wujud orang ketiga pilihan keluarga membuat aku terpaksa undur diri. memberi laluan kebahagian pada dia..

'' YA ALLAH, dugaan ini hanya kecil membuat hambaMU ini tidak tertanggung, banyak lagi dugaan yang terpaksa tempuhi di masa hadapan. Aku redha atas dugaan ini kalau KAU sudah menjanjikan yang lebih baik untuk aku. Oleh itu YA ALLAH aku mohon padamu kuatkanlah semangat aku, berianlah aku kekuatan dalam menghadapi kehidupan di dunia ini..Amin."
( pssst...pic tu konon frust la..)
17/01/2010
Terima kasih pada keluarga kerana bagi sokongan..kawan2,terima kasih dgr luahan hati.. Cukup untuk 1 hari aku bersedih. kehidupan mesti diteruskan.. Aku menjanjikan kenangan bersamanya tiada dalam ingatan..Pulangkan semua barang2 yang boleh mengingatkan aku pada dia..

kasih sayang aku, cinta aku, pengorbananku hnya untuk seseorang yang akan hidup bersamaku, bahagia...susah senang akan dilalui bersama..hingga ke Syurga hatiku hanya untuk si dia yang bernama Suami.

Hari ini, aku mulakan kehidupan baru..semangat baru.. aku adalah aku..

No comments: